KUALA LUMPUR: Seramai 300 warga Markas Tentera Darat (MKTD) hadir dalam Perjumpaan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bersama warga MKTD sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di Auditorium KEMENTAH pada 1 Jul 2016.
Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan menyampaikan cenderahati selain menasihatkan semua warga MKTD yang akan pulang ke kampung halaman agar berhati-hati di jalan raya serta merancang perjalanan dengan baik dan tidak dipengaruhi dengan emosi negatif agar selamat pergi dan selamat pulang.
Dalam ucapannya, beliau turut berpesan kepada seluruh warga MKTD agar mengambil peluang dan kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman berjumpa serta meraikan sambutan perayaan Aidilfitri dengan ibubapa serta sanak saudara bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang terjalin.
Turut hadir Timbalan PTD, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Ketua Staf MKTD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal.