Semasa

Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-69

NEGERI SEMBILAN:  Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Kawalan Kehormatan sempena  Hari Keputeraan Ke-69 baginda di Padang Besar Seri Menanti pada 19 Jan 2017.

Terdahulu keberangkatan tiba pasangan diraja pada jam 815 pagi itu disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan lalu menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) daripada pasukan 71 Rejimen Semboyan Diraja (71 RSD) melibatkan tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai Penolong Pegawai Memerintah 71 RSD, Mej Mohamad Sabil Nizam Manshor @ Mansor serta diiringi oleh lagu kebesaran Negeri Sembilan.

Baginda kemudian berkenan melakukan pemeriksaan keatas KKU dan pada masa yang sama turut dipertontonkan persembahan pancaragam oleh Drum Line TD dan Pancagaram  Wanita RSD.

Turut hadir  Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat, YTM Tunku Besar Tampin, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Maknun Hj Ridzuan, Panglima 1 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi, Pengarah Direktorat Peperangan Informasi, Brig Jen Dato’ Basri Kasban dan Pengarah Semboyan MK PMBTD, Brig Jen Dato’ Adnan Hj Adam.

 

Gambar: Kapt Aminin Hafizhin Minhad

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online