MELAKA: Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim telah merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Pasukan Atur Gerak Cepat Siri 4/2017 yang disertai 168 penuntut pada 25 Mei 2017.
Kursus yang dijalankan selama empat minggu ini menyaksikan Penuntut Terbaik telah disandang oleh Lt Mohd Zulfikri Mohd Zainudin dari Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja Para (9 RAMD Para), manakala Anugerah Ketabahan jatuh kepada Rjr Azrul Salim dari Batalion ke 8 RRD (Para).
Dalam pada itu, turut diadakan penganugerahan beret merun dan sayap berdarah kepada penuntut kursus yang telah menghadiri Kursus Asas Payung Terjun yang mana seorang daripadanya adalah penuntut wanita.
Sepanjang tempoh kursus, pelbagai latihan yang menguji ketahanan mental dan fizikal telah dilaksanakan, antaranya adalah latihan mendaki Gunung Ledang, pandu arah jarak jauh, Jalan Laju 40km, latihan ikhtiar hidup dan Latihan Mendayung dari Kuala Linggi hingga ke Kem Terendak.