MERDEKA…sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-58 dengan tema Sehati Sejiwa dimeriahkan dengan kehadiran ribuan rakyat pelbagai lapisan umur dan kaum serta turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Ketibaan baginda berdua tepat jam 8 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum diiringi ke pentas utama dan dipertontonkan dengan pelbagai acara dan persembahan patriotik bertempat di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2015.