KUALA LUMPUR: General United States Army Pacific Command (USARPAC), General Vincent K. Brooks melakukan Kunjungan Hormat ke atas Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bertempat di Pejabat PTD pada 10 Sep 2015.
Terdahulu dari itu, ketibaan beliau di perkarangan Kementerian Pertahanan di sambut oleh Asisten Ketua Staf Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat (MKTD), Mej Jen Dato’ Shahrani Mohd Sany lalu menerima tabik hormat dari Kawalan Kuarter Suku.
Kunjungan tersebut merupakan siri lawatan rasmi beliau ke Malaysia dalam mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara United States Army dan Tentera Darat Malaysia khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya.
Turut hadir Asisten Ketua Staf (AKS) OPLAT Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, AKS Perisikan Mej Jen Dato’ Hj Khlir Hj Mohd Nor serta deligasi USARPAC.