PERAK: Seramai 1061 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat Tentera Darat Malaysia (TDM) terdiri dari pasukan dibawah naungan Markas 2 Bgd dan pasukan 25th Infantry Division dari US Army Pacific Command (USARPAC) terlibat dalam Eksesais Kris Strike siri 19/2015 selama 14 hari bermula dari 9 hingga 22 Sep 2015.
Perasmian pembukaan eksesais disempurnakan oleh Panglima Pemerintahan Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim bersama General United States Army Pacific Command (USARPAC), General Vincent K. Brooks bertempat di Padang Kawad 2 Rejimen Renjer Diraja (RRD).
Exercise ini merupakan eksesais Bilateral diantara TDM dan USARPAC dibawah Program Bilateral Training And Consultative Group (BITACG) yang dianjurkan oleh Markas 2 Divisyen (Div) dan semasa majlis pembukaan turut diadakan acara meletakan keris sebagai tanda simbolik perasmian serta perbarisan bagi pemakaian toha kepada pegawai pelaku yang terlibat eksesais.
Objektif eksesais adalah untuk meningkatkan tahap interoperability diantara trup yang mengambil bahagian dengan menambah pengetahuan taktikal dan prosedur operasi staf diantara kedua-dua negara melalui percambahan pengetahuan selain dapat melatih prosedur postad di antara pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan.
Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Fadzil Mokhtar, Panglima 2 Bgd, Brig Jen Mas’od Hj Muhammad, pegawai-pegawai kanan TDM dan USARPAC serta anggota LLP kedua-dua negara yang terlibat.