SELANGOR: Istiadat Penyerahan Rangka Manusia Tentera Amerika Syarikat (AS) OP Gangga dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Dato Johari Baharom bertempat di Pangkalan Udara Subang pada 5 Nov 2015.
Istiadat dijalankan berikutan selesainya misi penyelidikan dan ekskavasi yang telah dilakukan hasil kerjasama di antara Muzium Tentera Darat dan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) dimana Pesawat Dakota C-47B milik United States Air Force (USAF) yang dilaporkan hilang pada 27 Nov 1945 serta mengorbankan tiga orang Krew Pesawat iaitu Juruterbang F/O Judson B.Baskett, Pembantu Juruterbang F/Lt William H.Myers dan Juruaudio PFC Donald E.Jones.
Menurut kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, beliau mengatakan bahawa pihak Kerajaan Amerika Syarikat (AS) amat berpuas hati dengan hasil penemuan oleh Kerajaan Malaysia serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi ini.
Turut hadir Setiausaha Pertahanan AS, His Excellency Dr. Ashton Carter, Panglima Pemerintahan Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, pegawai kanan ATM, Delegasi AS dan anggota Lain-lain Pangkat.