Bersama PemimpinSemasa

Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong

PUTRAJAYA:  Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong  Tuanku Hajjah Haminah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV bertempat di Dataran Pahlawan Negara pada 22 Jul 2016.

Keberangkatan tiba pasangan diraja pada jam 830 pagi itu di sambut gilang gemilang dengan alunan lagu Negaraku  dari Pancaragam Gabungan  Pusat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 21 das tembakan kehormatan dari 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja (RAD) disusuli terbang lintas hormat oleh lima buah Helikopter ATM yang membawa Jalur Gemilang, bendera ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji-panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Istiadat ini merupakan sembah ikrar taat setia seluruh warga ATM kepada baginda selaku Pemerintah Tertinggi ATM yang mana Panji-panji merupakan penghormatan dan kedaulatan serta lambang kemegahan, semangat dan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.

Seramai 23 pegawai dan 490 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM terlibat dalam Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  yang melibatkan lima Panji-panji diarak iaitu  Panji-panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kor Armor Diraja (KAD), TLDM dan Panji-panji TUDM.

Perarakan Panji-panji ini didahului oleh Pancaragam Gabungan Pusat ATM sebagai pembuka medan dan disusuli oleh kontijen pengiring Panji-panji Seri Paduka baginda mengambil tempat untuk acara berjalan lalu dalam masa perlahan jalan dan cepat jalan serta laungan Daulat  Tuanku sebanyak tiga kali oleh perbarisan kawalan kehormatan pada penghujung istiadat dan diakhiri dengan Seri Paduka Baginda sekali lagi menerima tabik hormat dari kawalan kehormatan serta lintas hormat lima helikopter ATM.

Turut hadir Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Hj Mohd Zin, Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Laut  Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad (TUDM) dan Penasihat Pertahanan Luar.

 

Gambar:  PW II Mohd Shahril Mat Ali, Sjn Saiful Fazley Rusli Sjn Vijay Gaundar, LKpl Ainur Aishah Yahaya, Luqmanul Arif Abdul Karim

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online