KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah berkenan mencemar duli berangkat ke Rumah Terbuka Angkatan Tentera Malaysia 1437 H yang diadakan di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 26 Jul 2016.
Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Hj Mohd Zin dan pegawai-pegawai kanan ATM di perkarangan dewan lalu di bawa ke meja utama untuk menjamu hidangan yang disediakan sambil dipertontonkan dengan persembahan dari Badan Kesenian Tentera Darat.
Turut hadir Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan pegawai kanan ATM.