SemasaVeteran

Veteran Dan Warga India TD Diraikan

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meraikan veteren dan anggota Tentera Darat (TD) berbangsa India dalam Majlis Sambutan Hari Deepavali Peringkat TD melibatkan 1000 tetamu di Dewan Dato’ Jamil Ahmad pada 30 Nov 2016.

Majlis tersebut bertujuan mengerat serta mengekalkan hubungan silaturrahim antara pimpinan dan warga TD agar dapat mewujudkan suasana harmoni dengan memberi peluang kepada warga TD yang berbilang kaum menikmati kemeriahan sambutan Deepavali selain dapat mengeratkan lagi hubungan dengan pesara perajurit kaum India.

Dalam ucapan PTD, beliau amat menghargai usaha semua pihak dalam menjayakan majlis Deepavali ini yang mana dapat mempertemukan semula sahabat-sahabat lama agar tali persahabatan yang lama terjalin tidak putus ditengah jalan.

“Saya berasa bangga kerana Persatuan Veteren India Angkatan Tentera Malaysia dari setiap negeri dapat turut serta memeriahkan lagi majlis hari ini yang mana pada masa yang sama dapat bertanya khabar,” kata PTD.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat, Lt Jen Dato’ Sri Zulkiple Kassim dan Ketua Staf MKTD, Mej Jen Dato’ Abdul Halim Hj Jalal.

Gambar: Tengku Norsuraya Tengku Abd Rahman

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online