NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat, Jen Dato Sri Zulkiple Hj Kassim mengisytiharkan Manual Kualiti Malaysia Army Standard (MASt) merupakan manual kualiti yang dibangunkan bagi membolehkan keberkesanan dan kecekapan sistem serta prosuder sedia ada dalam TD dapat diseragamkan bagi manfaat semua warga TD dalam Sidang Akhbar semasa Perbarisan Hari Tentera Darat Ke-84 di Pusat Latihan Asas TD pada 1 Mac 2017.
MASt adalah julung kalinya diperkenalkan dalam Angkatan Tentera Malaysia yang dilancarkan oleh mantan PTD Ke-25 pada 1 Jun 2016 yang mana sebanyak tiga MASt dibangunkan pada ketika itu.
“Sehingga kini TD telah membangunkan 18 MASt yang mana tiga MASt telah diiktiraf sebagai Manual Kualiti TD iaitu Pengurusan Stor Senjata, Pengurusan Keluar dan Masuk Kem Tentera dan Pengurusan Dewan Makan di Kompleks Sajian TD yang dinilai oleh jawatankuasa penilai dari TD sendiri dan telahpun diimplitasikan kegunaannya oleh semua pasukan TD,”jelasnya.
TD percaya dengan adanya satu standard yang ditetapkan dalam TD ia akan menjadikan pengurusan TD lebih berkualiti, berintegriti dan inovatif serta mampu memberi perkhidmatan yang jitu kepada warga TD.