JOHOR: Seramai 16 anggota terdiri dari satu pegawai dan 15 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai kor Tentera Darat dianugerahkan Beret Hijau dalam Upacara Penutup Kursus Asas Komando Siri 1/2017 yang disempurnakan oleh Panglima 31 Briged Infantri (31 Bgd), Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajuddin di Pantai Air Papan, Mersing pada 15 Apr 2017.
Perlaksanaan Kursus Asas Komando ini adalah untuk memilih pegawai dan anggota LLP TD yang betul-betul layak untuk berkhidmat di dalam Grup Gerak Khas (GGK).
Kursus ini diadakan selama tiga bulan dan dipecahkan kepada lima peringkat latihan merangkumi peringkat kem, hutan, paya, laut dan penutup.
Upacara penutup dimulakan dengan demonstrasi serbuan mengejut pantai dengan penyusupan melalui udara menggunakan pesawat udara daru Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan penyusupan perairan diikuti dengan Perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas dan demontrasi kepakaran 21 GGK.
Panglima 31 Bgd diberi penghormatan untuk menganugerahkan beret hijau kepada penuntut sebelum beliau menamatkan perkhidmatan dalam ATM.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada semua anggota GGK dan penuntut kursus supaya sentiasa menjaga dan mempertahankan maruah Beret Hijau yang menjadi lambang kepada GGK dan tidak sesekali mencemarkannya dengan perbuatan yang remeh.
Penuntut Terbaik dianugerahkan kepada Pbt Muhammad Shahurudin Abd Rahman dari 11 Rejimen Askar Melayu Diraja.
Turut hadir Panglima 21 GGK Mej Jen Datuk Zolkopli Hashim, Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus, Kol Adi Ridzwan Abdullah, veteran GGK dan keluarga-keluarga penuntut kursus.
Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali
[box type=”info” align=”” class=”” width=””]Gambar-gambar di Galeri foto[/box]