PULAU PINANG: Seramai 210 anak-anak yang terdiri daripada anak yatim, kurang upaya dan berpenyakit kronik diraikan dalam Program Semarak Kasih 2017 anjuran Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) pada 14 Jun 2017.
Program yang dirasmikan oleh Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 2 Div ini mendapat kerjasama daripada beberapa NGO dan agensi kerajaan yang lain seperti PDRM, Imigresen, JPJ, Bomba dan Penyelamat Malaysia, Skuad Khidmat Malaysia (SKM), Kelab Rakan Perihatin, AFFIN Islamic Bank, Pasaraya Mydin (Cwg Bukit Mertajam), ARTCON Enterprise, Pertubuhan Kebajikan Berkat, DIY Food Ingredient Supplies Kuala Lumpur, The Top KOMTAR P. Pinang, Capitol One Leisure Sdn Bhd, AMANITA PDRM, BAKAT 2 Div, SK Bayan Baru, Gabungan Utara Truckers dan PDK Daerah Seberang Perai Utara.
Diantara acara-acara program ialah membeli belah persiapan Aidilfitri untuk anak-anak yang dirai di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, pameran ketenteraan, pameran AMANITA PDRM, pertunjukan dari ‘The Top’ KOMTAR dan pameran produk AFFIN Bank. Bagi menyerikan majlis, acara pemberian duit raya kepada anak-anak yang diraikan dan penyampaian sijil penghargaan kepada peyumbang-penyumbang turut dilaksanakan sebagai acara kemuncak. Majlis gilang-gemilang ini diakhiri dengan jamuan berbuka puasa bersama warga 2 Div dan agensi-agensi lain yang terlibat.
Turut hadir ialah tetamu-tamu VIP lain yang terdiri daripada pihak penaja dan ketua-ketua agensi kerajaan.