TERENGGANU: Seramai 3 pegawai dan 25 anggota dari Batalion Ke 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD Para) membantu menjayakan Program Family and Community Empowerment (FACE) Anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu bagi membaiki 4 buah rumah golongan Asnaf di kawasan Komuniti Kg Teluk Ketapang mulai 14 hingga 15 Jul 2017.
Program ini merupakan inisiatif Majlis Sosial Negara melalui LPPKN yang memberi fokus kepada pemerkasaan keluarga dan komuniti. Sebanyak 14 buah komuniti dari seluruh negara telah dipilih dan Komuniti Kg Teluk Ketapang merupakan komuniti yang terpilih bagi Negeri Terengganu.
Selain penduduk setempat, program ini turut melibatkan kerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Teluk Ketapang, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Teluk Ketapang, Persatuan Homestay Teluk Ketapang dan Persatuan Belia (MAYC) Kuala Nerus.
Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengarah LPPKN Negeri Terengganu.
[jaw_gallery gallery=”11485,11486,11487,11488,11489,11484,11483,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]