MELAKA: Seramai 100 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat dari Markas Briged Ke-10 Infantri Malaysia (Para) telah menghadiri sesi syarahan pengurusan kewangan peribadi yang disampaikan oleh Kol Roba’i Rahmat dari UGAT, Hj Awang@Musran Tawil dari Bank Muamalat dan Romzi Abu Bakar dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bertempat di Dewan Zainal Rashid 17 RAMD (Para) pada 18 Jul 2017.
Syarahan yang disampaikan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberi kesedaran terhadap pentingnya cara seseorang itu menguruskan kewangan peribadi untuk mengelakkan daripada dibebani masalah hutang yang tinggi.
[jaw_gallery gallery=”11498,11499,11500,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]