SARAWAK: Markas Briged Ketiga Infantri Malaysia (MK 3 Bgd) mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Bukavu, Kem Penrissen pada 21 Jul 2017.
Majlis yang diadakan setiap tahun ini dihadiri oleh warga 3 Bgd bersama keluarga yang turut sama berkongsi kegembiraan Aidilfitri.
Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin dan isteri Nur Liza Yeo Abdullah berbesar hati menyampaikan duit raya kepada anak-anak warga 3 Bgd.
Dalam ucapan Panglima 3 Bgd, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan berharap agar semangat, sikap setiakawan serta keakraban dalam kalangan warga 3 Bgd berkekalan selamanya.
Turut hadir Panglima 1 Div, Mej Jen Dato’ Stephen Mundaw bersama isterinya, Datin Jacqueline Peris, Ketua-ketua jabatan dan wakil agensi awam di negeri Sarawak.
[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]
[jaw_gallery gallery=”11701,11702,11700,11703,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]