Semasa

MK 7 Bgd Serah Bendera Kepada MK 21 GGK

JOHOR: Seramai 20 pegawai dan 130 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari 21 Grup Gerak Khas (21 GGK) menerima bendera Malaysia dalam Upacara Penyerahan Bendera Malaysia dari Formasi Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia sempena Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan di Dataran Tg Emas pada 21 Ogos 2017.

Tujuan serahan bendera ini adalah simbolik untuk meneruskan larian yang akan diadakan pada 22 hingga 23 Ogos 2017 dengan mengikut laluan yang bermula dari Dataran Tg Emas ke Klebang hingga ke Sg Udang lalu ditamatkan di Kem Terendak seterusnya menyerahkan bendera Malaysia kepada Markas Briged Ke -10 Infantri Malaysia Para.

Secara keseluruhannya, jarak larian bagi 21 GGK adalah sejauh 65 kilometer yang menglibatkan seramai 150 pelari dan kumpulan sokongan logistik seramai 80 anggota.

Acara Penerimaan Bendera disempurnakan oleh Ketua Staf Am MK 21 GGK, Brig Jen Hasan Ali diiringi oleh Pegawai Memerintah 21 Kdo, Kol Mohd Fouzi Sulaiman serta Pegawai-pegawai Kanan Gerak Khas.

Selain itu turut diadakan pameran statik aset-aset 21 GGK.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12266,12265,12267,12264,12268,12263,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online