KELANTAN: Seramai 162 pegawai dan 318 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan dibawah naungan Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (MK 2 Div) terlibat dalam Eksesais Eagle Bakti 2 Div Siri 1/2017 dilaksanakan mulai 18 hingga 26 Ogos 2017.
Eksesais gabungan yang dilaksanakan oleh 2 Div secara POSTAH (CPX) bagi mengukur tahap kesiagaan pelaksanaan operasi oleh ketumbukan tempur 2 Div.
Eksesais ini juga bertujuan untuk mengukur keupayaan perancangan operasi dan bantuan logistik dari elemen bantuan perkhidmatan di bawah naungan 2 Div serta melibatkan semua Formasi Briged dan pasukan di bawah naungan 2 Div dengan menggunakan Sistem Olah Perang (Battle Tac IV) yang dikendalikan oleh Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD).
Pelaksanaan Eksesais Eagle Bakti 2 Div dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa pertama CPX Pra Eksesais Eagle Bakti 2 Div Siri 1/2017 mulai 15 hingga 26 Mei 2017 dan Fasa kedua Eksesais Eagle Bakti 2 Div Siri 1/2017 yang dilaksanakan mulai 18 hingga 26 Ogos 2017.
Dalam ucapan pelancaran, Panglima 2 Div Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar menekankan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat agar memberikan tumpuan dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran atau kepakaran sesuai dengan tugas dan peranan masing-masing.
Objektif-objektif eksesais yang digariskan seperti keupayaan staf merancang pelaksanaan operasi, menilai kebolehgunaan Prosedur Tetap Operasi serta menilai keberkesanan doktrin-doktrin berkaitan.
Beliau juga menasihatkan agar semua pegawai dan anggota terlibat memahirkan diri dengan penggunaan Sistem Olah Perang (Battle Tac IV) supaya dapat mengimplimentasikan segala pengetahuan, kemahiran dan fungsi sepenuhnya dalam pelaksanaan eksesais ini.
[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]
[jaw_gallery gallery=”12404,12401,12400,12402,12403,12405,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]