KEDAH: Briged Ke-30 Infantri Malaysia (30 Bgd) telah menyempurnakan Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena penghargaan kepada Brig Jen Dato’ Ahmad Tajuddin Abdul Ghani yang akan bertukar keluar menjawat jawatan Ketua Pengarah Pembangunan Cawang P&P bertempat di hotel terkemuka Sintok pada 11 Sep 2017.
Seramai 54 pegawai yang melibatkan staf dan pegawai daripada pasukan dibawah naungan 30 Bgd telah hadir bersama pasangan.
Panglima 30 Briged turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada 30 Bgd dan juga dibalas oleh 30 Bgd.
Sebelum beredar meninggalkan majlis, Panglima mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai yang berkhidmat di 30 Bgd dan memberi beberapa kata-kata nasihat.
Turut diadakan sesi bergambar kenang-kenangan pegawai-pegawai yang hadir bersama Panglima 30 Bgd.
[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]
[jaw_gallery gallery=”12907,12903,12905,12902,12908,12910,12911,12904,12906,12909,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]