NEGERI SEMBILAN: Seramai 82 pegawai dan 165 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Penutup Eksesais Stallion Bakti 2017 di Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD) pada 16 Okt 2017.
Eksesais yang bermula sejak 9 Okt lalu merupakan eksesais gabungan yang dilaksanakan oleh 4 Div secara Command Post Exercise (CPX) bagi mengukur tahap kesiagaan pelaksanaan operasi oleh ketumbukan tempur dan bantuan tempur 4 Div selain untuk mengukur keupayaan perancangan operasi dan bantuan logistik dari elemen bantuan perkhidmatan di bawah naungan 4 Div dengan menggunakan Sistem Olah Perang Pertama (Battle Tac IV) yang dikendalikan oleh POP TD.
Dalam ucapan penutup, Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Zakaria hj Yadi menegaskan bahawa setiap elemen memainkan peranan dalam sesebuah operasi yang dijalankan dan ilmu pengetahuan serta kemahiran adalah amat penting dikalangan warga 4 Div.
Dalam pada itu, turut dilaksanakan acara penanggalan Toha kepada Pelaku Biru, Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) dan 12 Bgd, tim musuh, tim penilai serta tim SPE.
Turut hadir, Panglima 11 Bgd, Brig Jen Toh Choon Siang, wakil Panglima 12 Bgd, Kol Romainor Muhamed, Ketua Staf 4 Div, Kol Asri Shukor, Pengarah POP TD, Kol Abdul Razak Hussain, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota LLP.