Semasa

PATKOR Erat Hubungan Dua Negara

SARAWAK: Seramai 25 anggota dari Tentera Darat Malaysia dan 25 anggota dari Tentera Nasional Indonesia- Angkatan Darat terlibat dalam Majlis Penutup PATKOR Siri 2/2017 di Pos MALINDO, Kem JPG Lubok Antu pada 19 Okt 2017.

Majlis tersebut disempurnakan dengan upacara pembukaan toha oleh Ketua Staf 3 Bgd, Lt Kol Hj Ilyas Hanafi bersama Kol Infantri Arnold A.P Ritiauw selaku Wadan Kolakopsrem 121 Alam Bhana Wanawai (ABW).

Patroli Terkoordinasi atau lebih dikenali sebagai PATKOR merupakan sebuah operasi rondaan bersama Malaysia-Indonesia yang dilaksanakan bagi membendung aktiviti yang melanggar undang-undang di perbatasan MALINDO.

PATKOR ini pada asalnya telah wujud melalui Mesyuarat/Rapat Tim Perancang Operasi Darat (TPOD) ke 21 di Balikpapan pada 23 Julai 2003 dan melalui mesyuarat tersebut, kedua-dua buah negara ini telah mencapai kata sepakat untuk mewujudkan Patroli Terkoordinasi di sepanjang sempadan KALBAR/Sarawak bermula dari tahun 2003.

Menurut KS 3 Bgd, dengan kewujudan PATKOR ini mampu untuk menjaga kedaulatan kedua buah negara disamping menjalin hubungan yang lebih erat dalam membanteras kegiatan yang mampu menggugat keselamatan dan kedaulatan kedua-dua negara tersebut.

Beliau juga turut menghargai pihak KOREM 121 ABW dan Skuadron Keempat Armor Diraja diatas segala usaha menggembleng tenaga dalam melaksanakan PATKOR Siri 2/2017 dengan jayanya dan akan diteruskan untuk siri seterusnya pada tahun hadapan.

Turut hadir Pegawai Memerintah 4 KAD, Lt Kol Mohd Nizam Hj Masri, Pegawai-pegawai TDM dan TNI-AD serta wakil-wakil agensi kerajaan daerah Lubok Antu.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online