KEDAH: Seramai 15 pegawai dan 220 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun 6 RAMD yang ke-65 diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Ahmad Sabri Baharuddin di Padang Kawad Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 3 Nov 2017.
Perbarisan ini turut mempamerkan Panji-Panji pasukan dan pemeriksaan perbarisan telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 6 RAMD, Lt Kol Abdul Rani Abdul Majid.
Acara diteruskan dengan Majlis Makan bersama warga pasukan dan pemakaian pangkat kepada lapan anggota LLP di Dewan Makan Pasukan.