SARAWAK: Seramai empat pegawai dan 19 Anggota Lain-Lain Pangkat dari Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja dan Cawangan Risik Markas 9 Briged terlibat dalam gotong-royong membersihkan kubur mendiang Pewira Negara iaitu Sjn Matthew di Penempatan Semula Nanga Tada, Kanowit pada 4 Nov 2017.
Turut juga diadakan dalam program PJM adalah aktiviti menderma darah serta pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan sakit tulang, pemeriksaan mata, pemeriksaan telinga, hidung dan tekak, pemeriksaan kanak-kanak dan pemeriksaan untuk kaum wanita oleh Rejang Specialist Hospital di Dewan Penghulu Seribu, Nanga Tada, Kanowit.
Program seumpama ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara anggota tentera dan masyarakat awam disamping dapat memberi manafaat kepada masyarakat setempat untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat serta menyumbang kepada tabung bekalan darah Hospital Kanowit.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Turut hadir bersama semasa aktiviti berlangsung ialah YB Datuk Aaron Dagang, Ahli Parlimen P210 Kanowit.