MELAKA: Seramai 88 peserta terdiri dari pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) terlibat dalam Pertandingan Tinju Novis Peringkat 9 RAMD (Para) yang diadakan selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Nov 2017 di Garaj Platun Kenderaan, 9 RAMD (Para).
Sebanyak 44 bout diadakan dengan sembilan kategori utama dipertandingkan bermula daripada Kategori Light Flyweight sehingga Kategori Heavy Weight dan tambahan Kategori khas bagi PTTK.
Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para) semasa majlis penutup kejohanan menegaskan objektif pertandingan telah tercapai sepenuhnya iaitu memupuk semangat self of belonging di kalangan seluruh warga Harimau Para disamping menonjolkan keberanian dan keperwiraan di dalam sukan lasak selain dapat mencungkil peninju-peninju baharu yang berpotensi mewakili pasukan dan formasi.
Johan keseluruhan pertandingan telah dimenangi oleh Komp A dan seramai 21 anggota telah dipilih untuk mewakili pasukan ke kejohanan tinju di peringkat 10 Bgd (Para).