JOHOR: Pasukan Udara Tentera Darat telah menganjurkan Eks Helang Gagah Siri 3/17 yang dirasmikan oleh Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman pada 1 Nov 2017 dan upacara penutup disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jeneral Dato Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim pada 5 Nov 2017 bertempat di Kluang.
Latihan yang melibatkan seramai 59 pegawai dan 21 anggota Lain-Lain Pangkat yang terdiri daripada pegawai dan anggota PUTD, 1st Combat Bn, French Army Aviation dan elemen Tp TD iaitu 10 Bgd Para, MK 21 GGK dan Bn 165 MIB bertujuan untuk menilai keupayaan PUTD dalam merancang dan melaksanakan Combined Arms Operation terutama dalam Air Assault Operation serta mengukuhkan interoperabiliti dengan elemen Trup TD yang lain berlangsung selama 5 hari mulai 29 Okt sehingga 5 Nov 17.
Dalam ucapan Panglima 10 Bgd, beliau secara peribadi telah menzahirkan bahawa sebagai sebahagian daripada komponen dalam Trup Tentera Darat, beliau amat mengalu-alukan setiap peluang latihan yang diberi, melalui latihan ”combined” mahupun secara gabungan sebegini, bukan sahaja dapat mencegah pemikiran sempit yang menjurus kepada “single corps centric” mahupun “single service centric”, malah latihan gabungan sebegini merupakan satu usaha murni penghayatan mengaplikasikan konsep “combined arms” ke arah memperkasakan lagi versatiliti dan sinergi Komponen Trup TD, dalam usaha menjangkau ke arah konsep “multi-domain”.
Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan syabas kepada peserta terlibat kerana telah memanfaatkan peluang yang ada dalam mengumpul, merancang, menganalisa dan seterusnya memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dalam usaha memperkemaskan doktrin, SOP mahupun ARTEP serta menekankan agar latihan seumpama ini harus diteruskan di masa akan datang demi meningkatkan keupayaan kerjasama satu pasukan setiap elemen trup Tentera Darat.
Turut hadir Pengarah PUTD, Kol Yazid Yusuf dan Pengarah Latih Oplat TD, Kol Hj Muhammad Huzaimi Sabri.