KUALA LUMPUR: Seramai seorang pegawai dan 21 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah Naungan 4 Div telah terlibat dalam Majlis Pelepasan Barangan Bantuan Banjir Ke Pulau Pinang pada 22 Nov 2017.
Majlis pelepasan telah dirasmikan oleh Panglima 11 Briged, Brig Jen Toh Choon Siang di mana pegawai dan anggota yang dilepaskan sebagai pengiring untuk menghantar bantuan tersebut ke Pulau Pinang.
Antara unit di bawah naungan 4 Div yang diaturgerakkan adalah dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) dan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD), serta 12 RSD selain bantuan kenderaan bagi membawa segala barangan dari 74 Bn KPD yang menyediakan sebanyak 3 buah trak 3 ton.
Terdahulu, barangan keperluan harian yang akan diagihkan adalah sumbangan daripada 68 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dikumpulkan dalam tempoh seminggu menerusi inisiatif Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan dihantar kepada mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di Pulau Pinang. Bantuan terdiri daripada barangan keperluan asas harian seperti makanan, beras, lampin bayi, tilam dan selimut.
Turut hadir, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah dan Pegawai Staf 1 Gerak MK 4 Div, Lt Kol Suhaimi Navinder Abdullah.