MELAKA: Ketua Staf MK 10 Bgd (Para), Lt Kol Samad Igom telah menyempurnakan Acara Penutup Kursus Tactical Combat Casualty Care (TCCC) Siri 3/2017 bertempat di Kompeni Perubatan Para, Terendak pada 29 Nov 2017.
Kursus yang telah bermula dari 20 Nov hingga 30 Nov 2017 dan melibatkan penyertaan 27 anggota Lain-Lain Pangkat di bawah naungan 10 Bgd (Para) melatih anggota untuk memberi tumpuan kepada kaedah rawatan awal di medan secara taktikal bagi menyelamatkan nyawa sendiri dan rakan (self & buddy aid) semasa pertempuran.
Dalam ucapannya, KS AM 10 Bgd (Para) mengingatkan kepada semua peserta agar ilmu dan kemahiran yg dimiliki sepanjang tempoh berkursus dipraktikkan secara berterusan bagi mengekalkan tahap kompetensi, agar ianya dapat diaplikasikan di semua keadaan samada semasa aturgerak, operasi mahupun latihan.
Turut hadir Pegawai Memerintah Kompeni Perubatan Para, Lt Kol (Dr) Mohd Azhar Kardi, Para Pegawai Memerintah dan Pemerintah serta Pegawai Perubatan.