PULAU PINANG: Markas 2 Rej Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) telah melaksanakan Majlis Happy Hour 2 Rejimen Kor Polis Tentera Diraja Sempena Pemakaian Pangkat LLP, Meraikan Anggota Tamat Perkhidmatan di D’Red Pearl Club 2 Rej KPTD, Kem Sg Ara, Bayan Lepas pada 7 Dis 2017.
Seramai tiga orang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Pasukan 2 Rejimen KPTD telah dinaikkan pangkat didahului dengan seorang anggota dari pangkat SSjn ke Pangkuan PW II dan diakhiri dengan dua anggota dari Kpl ke Pangkuan Sarjan serta meraikan anggota yang telah tamat perkhidmatan.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota dibawah naungan 2 Rej KPTD serta turut disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 2 Rej KPTD, Lt Kol Roslan Ali.