3 DivSemasa

Sambutan HUT 3 Div Ke-41

NEGERI SEMBILAN: Seramai 28 Pegawai dan 561 Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dari pelbagai formasi dibawah naungan Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) terlibat dalam perbarisan Hari Ulang Tahun 3 Div ke-41 yang disempurnakan oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah bertempat di Litar Memandu KJA Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD), Gemas pada 14 Dis 2017.

Panglima 3 Div dalam ucapannya menggesa agar kesemua formasi di bawah pemerintahan untuk sentiasa meningkatkan tahap kesiagaan pasukan dan mengekal serta menjaga nama baik formasi sebilang masa, selain turut berpesan agar Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR), Pengisian Spiritual dan Integriti dipraktikkan dalam semua peringkat pemerintahan bagi mewujudkan sumber manusia yang mempunyai nilai keperibadian yang berkualiti tinggi.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan betapa pentingya program-program baru yang diperkenalkan oleh ATM seperti Skim Anuiti Veteran (SAVE), Skim Lanjutan Tempoh Perkhidmatan 21 Tahun terus ke 26 Tahun dan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASAR) serta perlu difahami oleh setiap lapisan peringkat dalam 3 Divisyen.

Terdahulu, Panglima 3 Div telah menyampaikan Sijil dan Anugerah kepada formasi-formasi dan anggota tentera serta awam atas kecemerlangan masing-masing sepanjang tahun 2017.

Majlis Perbarisan diakhiri dengan jamuan serta syarahan berkenaan Program SAVE, Skim Lanjutan Khidmat 26 tahun dan SASAR oleh wakil dari UGAT dan P&P.

Pada sebelah petang pula Pengerusi BAKAT 3 Div, Datin Norhanita binti A.Hamid bersama-sama dengan pengerusi-pengerusi BAKAT di bawah naugan 3 Div telah melawat isteri dan anggota di Hospital Tentera Darat, Gemas dan juga rumah keluarga Anggota Tentera, Gemas.

Turut hadir Panglima 1 Bgd, Brig Jen Hj Reduan Hj Omar, Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Mohd Hassan Loman dan Komander Artileri Divisyen, Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh.

Gambar: Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia

[srizonfbalbum id=107]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online