KUALA LUMPUR: Seramai 29 pegawai dan 50 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah melaksanakan Ujian Kecergasan Tempur (UKT) – Latihan Abseiling Peringkat Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) Tahun 2017 di Menara Balai Bomba, Sungai Besi pada 20 Dis 2017.
Objektif pelaksanaan UKT adalah untuk menguji tahap prestasi anggota dari aspek Ujian Keyakinan Diri, Ujian Ketangkasan, Ujian Jalan Laju 15 KM Individu dan Ujian Perapungan. Ketua Staf Am MK Medan Barat TD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik dalam taklimat ringkas menyatakan bahawa setiap pegawai dan anggota harus melaksanakan semua jenis ujian yang digariskan oleh TD demi memastikan kesiagaan fizikal dan mental berada di tahap optimum.
UKT dilaksanakan mulai 20 hingga 29 Disember 2017 yang merangkumi semua komponen-komponen yang perlu diuji di dalam UKT. Bagi latihan Abseiling, MK PMBTD mendapat kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Sungai Besi bagi menggunakan infrastruktur kerana Menara Abseiling yang terdapat di UPNM sedang dalam senggaraan.