Bersama PemimpinHUTSemasa

Pegang Teguh Ikrar Kesatria Mampu Laksanakan Tugas – Pengerusi RS

PERLIS: Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) merangkap Pengerusi Rejimen Sempadan (RS), Mej Jen Dato’ Azhan Hj Md Othman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pucuk kepimpinan tertinggi Tentera Darat (TD) kerana memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk menerajui RS.

Beliau yang mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi RS Keenam sejak 7 Sep 2023 yang lalu, menyeru kepada seluruh warga RS untuk memperhalusi serta menghayati Perintah Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) melalui tiga aspek penumpuan yang digariskan.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada kesemua Pegawai Memerintah untuk mengingatkan anggota pasukan agar lebih cakna dengan peradaban profesional serta berlandaskan Ikrar Kesatria di dalam rutin seharian.

“Dengan berpegang teguh kepada Ikrar Kesatria, saya begitu yakin asas sebagai seorang tentera akan terjamin sekaligus mampu melaksanakan apa jua penugasan yang diberikan di peringkat pasukan, formasi dan divisyen mahupun medan dengan teratur dan seterusnya RS akan menjadi sebuah rejimen yang dipercayai dan diyakini,” tegasnya.

Pengerusi RS berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) RS Ke-16 bertempat di Padang Kawad Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia (MK 30 Bgd) pada 13 Jan 2024.

Tambahnya lagi, beliau berkehendakkan setiap warga RS mempunyai jati diri dan perwatakan yang gah sebagai seorang tentera.

“Untuk mengekalkan keterampilan ini, seharusnya diri sendiri perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum membetulkan anggota lain.

“Tahniah kepada pasukan-pasukan RS yang bertungkus lumus dalam melaksanakan tugasan gerakan dengan menempa pelbagai kejayaan termasuk rampasan bernilai ratusan ribu ringgit sama ada di wilayah satu mahupun di wilayah dua,” ujar Pengerusi RS.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau menyeru agar semua warga rejimen bersama-sama menggembleng tenaga dan melipatgandakan usaha untuk memelihara nama RS ke arah kecemerlangan dengan melaksanakan kewajipan yang telah diamanahkan ini dengan jujur dan ikhlas serta dapat mencapai hasrat pucuk pimpinan.

Terdahulu, acara dimulakan dengan gimik rancangan kontigensi bagi memusnahkan serta menggagalkan aktiviti musuh yang menggunakan dron sebelum disusuli perbarisan tempur melibatkan empat detasmen berkekuatan seramai 22 pegawai dan 244 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Perbarisan tempur diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Sempadan (5 RS), Lt Kol Mohd Ezrin Daud dengan diiringi pancaragam gabungan dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) dan 4 RS.

Acara diteruskan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2023 melibatkan seorang pegawai dan tiga anggota LLP sebelum diakhiri dengan sesi bergambar Pengerusi RS bersama anggota perbarisan.

Sambutan HUT RS diserikan dengan upacara memotong pulut kuning, jamuan makan dan persembahan dari Band RS di Dewan Serbaguna MK 30 Bgd.

Selain acara perbarisan, Majlis Bacaan Yaasin dan Khutbah Khas Solat Jumaat bersempena sambutan HUT RS Ke-16 telah diadakan di Masjid Nurul Muhabbah pada hari Jumaat bersamaan 12 Jan 2024.

Mengimbas sejarah penubuhan kor infantri bagi RS, ianya ditubuhkan pada 12 Jan 2008 bagi menggantikan Batalion Infantri Siri 300 Askar Wataniah (AW) yang menjaga laluan sempadan dan kini RS setaraf dengan Batalion Infantri yang lain dan tidak lagi dikategorikan sebagai kelas kedua.

Turut hadir, Pengarah Infantri, Brig Jen Saiful Bahari Zainol, Panglima 31 Bgd, Brig Jen Kamarulzaman Hj Mohd Yunus, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Zaini Hj Hashim dan Pegawai-pegawai Memerintah RS.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online