Bersama PemimpinSemasa

PTD: Kebajikan Anggota TD Diutamakan

PAHANG: “Halatuju Kementerian Pertahanan telah ditetapkan demi warga tentera berdasarkan beberapa teras dan salah satunya ialah Teras Kebajikan bagi memberi keselesaan kepada anggota tentera dan bekas tentera dimana kita berharap agar segala hal-hal berkenaan kebajikan anggota akan lebih teratur dari segi pelaksanaannya,” jelas Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim semasa perjumpaannya bersama warga Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja Mekanise dan Batalion Siap Sedia Tentera Darat (BSSTD) di Dewan Serbaguna 7 RRD pada 13 Jan 2018.

Selain itu beliau menitik beratkan hal perkhidmatan anggota agar membuat keputusan yang sewajanya sama ada ingin menamatkan perkhidmatan awal atau berpencen demi masa depan serta turut menerangkan berkenaan Skim Anuiti Veteran (SAVe) dan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang mana insentif ini dapat dinikmati oleh seluruh anggota TD.

Turut hadir Panglima 3 Div,  Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah,  AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad dan Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

[srizonfbalbum id=133]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online