1 DivSemasa

4 KAD Bantu Rakyat Sebuyau

SARAWAK: Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD) bersama agensi kerajaan yang lain iaitu PDRM, BOMBA, APM, KKM, JKM, RELA, MDS dan Pej Daerah Kecil Sebuyau telah bekerjasama dalam membantu rakyat di daerah Sebuyau dalam menangani bencana banjir melibatkan 25 keluarga dan 96 mangsa banjir pada 13 Jan 2018.

Mangsa-mangsa tersebut telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Kg Lutong, Sebangan, Sebuyau dan dibantu oleh lima anggota LLP dari Batalion 4 KAD diketuai Kapt Qamal Hosnie Othman.

Proses pemindahan tersebut telah bermula sejurus selepas pembukaan pusat pemindahan pada 13 Jan 2018 namun keadaan banjir kian surut dan Pusat Pemindahan tersebut telah mula di tutup pada 15 Jan 2018 serta semua mangsa banjir telah dipindahkan ke kediaman masing-masing.

Gambar: Sjn Fridar Nyuawe

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online