JOHOR: Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) bersama agensi kerajaan BOMBA, APM, PDRM, JKKK dan RELA telah membantu mangsa banjir di Kg. Chokro, Kg. Kolam Air dan Kg. Shaari melibatkan sebanyak tiga pusat pemindahan sementara telah dibuka pada 20 Jan 2018.
Sehingga kini mangsa banjir melibatkan 87 keluarga dan 366 individu dan terdapat satu lagi pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi iaitu Dewan Kg. Kolam Air Panas dengan bilangan 13 keluarga dan 61 individu.
Dua buah pusat pemindahan sementara yang telah ditutup adalah Balairaya Kg. Chokro dan Masjid As-Sobirin, Kg. Shaari yang mana mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing untuk melaksanakan pembersihan kawasan kediaman akibat banjir.
Seramai 10 anggota LLP 5 RAMD terlibat dalam membantu mangsa banjir ini diketuai Sjn Shamsudin Mat Seman dimana bantuan yang diberikan adalah pembersihan disekitar kawasan kediaman, mengangkat barang-barang dari pusat pemindahan sementara ke rumah kediaman dan memindahkan mangsa banjir menaiki trak.
Gambar: LKpl Abdul Rahman Mohaidin