KELANTAN: Seramai 35 pegawai dan 387 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) hadir dalam sesi dialog sempena Lawatan Kerja Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem Pengkalan Chepa pada 24 Jan 2018.
Terdahulu PTD berjumpa dengan warga Kem Pengkalan Chepa dan menerangkan beberapa transformasi kebajikan serta penjelasan berkenaan perkhidmatan anggota diiringi Panglima 8 Bgd, Brig Jen Dato’ Nazari Abd Hadi.
Dalam sesi dialog PTD, beliau menyentuh dan menyatakan bahawa Tranformasi Kebajikan dan Perkhidmatan anggota merupakan inisiatif yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang komprehensif, aktif dan kondusif di bawah teras kebajikan.
Perkara yang didialogkan adalah Program Perumahan Kerajaan kepada anggota iaitu Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), SAVe, Program Pendidikan anak tentera yang mana semua ini adalah untuk membantu anggota dan veteran tentera.
“Skim Anuiti Veteran (SAVe) adalah skim membantu anggota tentera yang tidak berpencen bagi mengekalkan taraf sosio ekonomi selepas menamatkan perkhidmatan dengan kaedah 15% caruman kerajaan kekal dalam akaun LTAT dan dibayar secara bulanan dan diuruskan LTAT,” jelas PTD.
Selesai sesi dialog PTD memakaikan pangkat daripada Pbt ke LKpl kepada Pbt Nur Ain Majid dari Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia yang telah berkhidmat selama lima tahun.
Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMBTD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin dan Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar.
Gambar: PW 2 Mohd Shahril Mat Ali