Semasa

3 Bgd Turut Serta Program Mobile CTC Boat

SARAWAK: Pasukan dibawah naungan Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd) telah dijemput untuk menyertai Program Mobile Community Transformation Center (MCTC) Boat di Banting, Sri Aman mulai 9 sehingga 11 Feb 2018.

Program MCTC Boat Banting merupakan salah satu inisiatif dari agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memberi keprihatinan kepada penduduk dikawasan pendalaman serta meninjau situasi kehidupan di dalamĀ kawasan pendalaman.

Program yang telah berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah melibatkan 27 pegawai dan anggota yang mana gabungan unit di bawah naungan 3 Bgd serta Trup 1 Div.

Terdapat beberapa perkhidmatan dan aktiviti yang telah disumbangkan kepada penduduk setempat di kawasan Banting. Program yang dianjurkan adalah seperti pameran senjata, alat komunikasi Ketenteraan, Pameran Rangsum Tempur Bekalan Kering (RTBK) dan bantuan perkhidmatan pergigian.

Dalam Program ini, Tim Perkhidmatan Pergigian ATM telah berjaya memberi khidmat pergigian kepada 46 orang penduduk termasuk kanak-kanak. Tidak dilupa juga, Program Keluarga Angkat turut diadakan bagi mengenali budaya serta mengeratkan ukhuwah di kalangan ATM dan penduduk setempat.

Program yang dianjurkan oleh Perbendaharaan Malaysia Sarawak ini mampu menjalinkan hubungan yang baik sesama agensi kerajaan dalam melaksanakan aktiviti dengan lebih sistematik.

Dalam pada itu, penglibatan kali ini turut diberi sokongan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Daerah Sri Aman, Jabatan Peneranagan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lebih menarik lagi, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, YB Dato’ Masir Kujat turut bersama dalam Majlis Perasmian MCTC Boat Banting yang diadakan pada 10 Feb 2018.

Semasa ucapan perasmian, beliau menyatakan bahawa aktiviti seperti ini harus diteruskan di kawasan pendalaman yang lain bagi menyumbang bantuan kepada penduduk yang memerlukannya.

Turut hadir Panglima 1 Div, Datuk Stephen Mundaw, Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin dan Timb SUK, YB Datu Jaul Samion.

Gambar: Pbt Muhammad Mujibur Rahman Mohd Hosni

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online