Semasa

Program Jiwa Murni Bantu Mangsa Banjir

SARAWAK: Markas 9 Bgd, 803 RSAT dan 624 PGAT membantu mangsa banjir dengan meneruskan kesinambungan Program Jiwa Murni (PJM) di pusat pemindahan banjir Dewan Serbaguna Selangau dan
Dewan Suarah Bintulu pada 9 Feb 2018.

Perkhidmatan yang telah diberikan kepada mangsa banjir ialah pemeriksaan dan rawatan kesihatan dan rawatan pergigian yang diketuai oleh pegawai perubatan kanan markas 9 Bgd Kapt (Dr) Syed Fareez Syed Nasir.

Seramai 200 orang telah mendapat rawatan kesihatan dan pergigian sepanjang program dilaksanakan.

Rawatan ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan memberikan rawatan awal bagi mencegah penyakit berjangkit berlaku dalam kalangan mangsa banjir disamping memberi kemudahan rawatan kepada orang ramai.

Panglima 9 Bgd berkata pihak Tentera akan terus memberikan bantuan dari segi perkhidmatan mahupun anggota bagi membantu mangsa yang terjejas banjir.

Gambar: Sjn Kessidy Nuwi

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online