SARAWAK: Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) telah melaksanakan program Jelajah Perkasa Perwira dibawah teras kebajikan task force kesihatan yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ (Dr) Ya’akob Koming merupakan salah satu cabang daripada program halatuju MINDEF bertempat di Kem RASCOM pada 24 Feb 2018.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini berlangsung diantaranya ialah program Fit For Life, ceramah kesihatan, kelas CPR, pelbagai pameran kesihatan.
Dalam masa yang sama, perkhidmatan seperti rawatan pergigian, saringan kesihatan dan pemeriksaan pakar juga turut disediakan dimana program ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran warga tentera serta keluarga dibawah naungan 9 Bgd dan persatuan veteran.
Dalam ucapan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, beliau berkata pihak ATM dengan kerjasama KKM telah memulakan satu inisiatif berasaskan komuniti tentera bagi memperkasakan kesihatan khusus bagi mencegah dan mengawal factor berisiko Penyakit tidak berjangkit yang dipanggil sebagai KOSPEN Pewira.
Justeru itu, Program Jelajah Perkasa Perwira diadakan bagi mempromosikan program ini kepada tentera, keluarga dan veteran. Program seumpama ini juga banyak memberi manfaat dan feadah kerana aspek kesihatan amatlah penting bagi setiap individu.
Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping dapat mewujudkan sikap bekerjasma dan saling membantu diantara warga tentera dan veteran. Dalam pada itu juga, program ini diadakan untuk melahirkan satu komuniti tentera yang produktif dan penggayaan gaya hidup.
Program ini juga secara tidak langsung dapat memberikan perkhidmatan saringan dan rawatan kesihatan menyeluruh kepada warga tentera, keluarga dan veteran.
Turut hadir Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw, Ketua Pengarah Kesihatan, Mej Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Hj Samiran Sarijan, Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa, Ketua Pengarah Perubatan, Brig Jen Dato (Dr) Md Amin Muslan, Pegawai Memerintah dan Pemerintah dibawah naungan 9 Bgd.
Gambar: SSjn Royston Ajan