Semasa

Perbarisan HUT TD Ke-85 Peringkat 10 Bgd (Para)

MELAKA: Seramai 40 pegawai serta 335 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada pasukan-pasukan di bawah naungan Briged Ke-10 Infantri Malaysia (10 Bgd Para) terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-85 yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD Para), Lt Kol Muhammad Samzie Gusang bertempat di Padang Kawad Rejimen Pertama Artileri Diraja (1 RAD Para), pada 1 Mac 2018.

Perbarisan diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah 1 RAD (Para), Mej Mohd Afizan Mohd Lana manakala Ajutan Perbarisan adalag Kapt Saifuddin Shaharoni daari Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (17 RAMD Para) dan Sarjan Mejar Rejimen PW I Saiful Rizam dari 8 RRD (Para).

Perutusan Panglima Tentera Darat  yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 8 RRD (Para) antara lain menyentuh lima teras dan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan menghulurkan kerjasama kepada Tentera Darat serta pengorbanan dan perjuangan mereka-mereka yang terdahulu untuk mendapatkan keamanan serta kemakmuran yang dikecapi pada hari ini.

 

Gambar: SSjn Nazri Subari

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online