Semasa

Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Seramai 21 pegawai kanan dari pelbagai Kor dalam Tentera Darat (TD) dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 7 Mac 2018.

Pemakaian pangkat didahului oleh Brig Jen Dato’ Ismail Abetah yang dinaikkan pangkat daripada Brig Jen ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Majlis diteruskan dengan dua pegawai kanan dinaikkan pangkat daripada Kol ke Brig Jen dahului oleh Kol Mohd Rashid Abdul Razak yang menjawat jawatan sebagai Pengarah Semboyan, Pemerintahan Medan Barat TD dan Kol Mahmud Ahmad turut dipakaikan pangkat yang sama dan menjawat jawatan sebagai Ketua Anggota Tentera Cawangan Khas, Bahagian 92 Anggota Tentera Cawangan Khas (92 ATCK).

Manakala tiga pegawai dinaikkan pangkat Lt Kol ke Kol, 13 pegawai dinaikkan pangkat daripada Mej ke Lt Kol serta dua pegawai sukarela Askar Wataniah (AW) turut dipakaikan pangkat yang sama.

Dalam ucapan PTD, beliau berharap agar pegawai yang dinaikkan pangkat haruslah menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada anggota-anggota bawahan dan mempunyai sifat amanah terhadap tugas yang telah dipertanggungjawabkan.

Kita sebagai komander yang menghantar anggota di medan perang dan di masa yang sama, kemungkinan anggota akan terkorban namun begitu kita berdoa agar anggota selamat pulang ke pangkuan keluarga.

Justeru sebagai seorang komander, apabila memberi arahan atau keputusan hendaklah memikirkan kesannya agar tidak ada pegawai atau anggota yang tertekan dengan arahan dan keputusan yang diberi.”

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Ya’akob Koming.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

[srizonfbalbum id=164]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online