OHOR: Seramai 53 pegawai dan 300 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) hadir dalam Sesi Dialog Bersama Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 21 Mac 2018.
Sesi dialog ini memberi peluang kepada warga PULADA bersoal jawab bersama PAT berkenaan Sistem Anuiti Veteran (SAVe).
Turut hadir Inspektor Jeneral Markas Angkatan Tentera, Mej Jen Dato’ Abu Muslim Ismail, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia MK TD, Mej Jen Dato’ Mardzuki, Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi dan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.