Semasa

Perasmian Tarantula Web PUSASDA

NEGERI SEMBILAN: Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) memahat sejarah baharu apabila terbinanya Terantula Web dan dirasmikan oleh Komandan PUSASDA, Kol Khairul Azmizal Ahmad Natal pada 6 Apr 2018.

Idea pembinaan ini datang daripada Komandan PUSASDA dan fasiliti latihan terbaharu ini, diharapkan dapat dimanfaatkan kepada seluruh warga PUSASDA amnya dan kepada PM khususnya yang bukan sahaja bagi melahirkan warga Tentera Darat yang memiliki kecergasan fizikal dan mental yang tinggi tetapi juga dapat meningkatkan keyakinan diri.

Di kesempatan itu, turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) PUSASDA melibatkan seramai 18 anggota LLP.

Secara tradisinya, majlis pemakaian pangkat di PUSASDA tidak kira pegawai mahupun anggota LLP, mereka perlu melaksanakan dua disiplin iaitu ketabahan dan ketangkasan dimana perlu menamatkan larian sejauh 1.6 km sebelum melaksanakan 14 halangan dan diikuti dengan latihan ketabahan (Commando Crawl) dan melepasi Menara Tarantula Web.

Turut hadir seluruh warga PUSASDA.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online