Bersama PemimpinSemasa

MMR RAJD Bersama Kol YDP RAJD

PUTRAJAYA: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah  selaku Kol Yang DiPertua Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli ke Majlis Makan Malam Rejimental RAJD Bersama Kol YDP RAJD di hotel terkemuka Putrajaya pada 11 Apr 2018.

Terdahulu ketibaan baginda di sambut oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi bersama Pengerusi RAJD Ke-14, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Ahmad Nasir Hj Abdul Rahman lalu dibawa ke Bilik Persinggahan Diraja.

Selain MMR bersama Kol YDP RAJD ianya turut meraikan Pengerusi RAJD Ke-13, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad yang akan menamatkan perkhidmatan pada 2 Jun 2018.

MMR tersebut dimulakan dengan Minum Ucap Selamat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi dengan lagu Negaraku dan disusuli dengan makan malam serta tayangan montaj Pengerusi RAJD Ke-13.

Turut hadir Mantan Panglima Angkatan Tentera, Jen Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Hj Zainuddin (Bersara) dan Mantan Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Wira Mohd Azumi Mohamed (Bersara).

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

[srizonfbalbum id=199]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online