Semasa

Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Tim Menembak TD

KUALA LUMPUR : Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menyerahkan Jalur Gemilang kepada  Pengurus Tim Menembak Tentera Darat (TD), Lt Kol Roszaini Mohamad Alide  dalam Majlis Penyerahan Bendera Jalur Gemilang di Bilik Rehat Sekretariat TD pada 12 Apr 2018.

Penyerahan bendera itu sebagai pemberi semangat serta menandakan tim tersebut mewakili negara dalam Pertandingan Australia Army Skill At Arms Meeting (AASAM)  yang akan diadakan di Puckapunyal Military Area, Victoria, Australia dari 16 Apr hingga 10 Mei 2018.

Seramai seorang pegawai dan 11 anggota Lain Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam  kejohanan tahunan bertaraf dunia tersebut yang turut melibatkan 20 buah negara.

AASAM 2018 merupakan pertandingan menembak tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan operasi ketenteraan dalam pertempuran serta menumpukan pada kemahiran dan penggunaan senjata, di mana penglibatan peserta-peserta di seluruh dunia turut dipertandingkan.

Pertandingan tahun ini, Tim TD bakal menerima tentangan hebat dari negara Indonesia sebagai juara bertahan manakala Australia sebagai tuan rumah dan New Zealand sebagai pencabar terdekat.

Acara diteruskan dengan TPTD memakaikan Lencana Jaguh kepada Mej Raymond Ungah Jimbun, SSjn Charlie Tay Lean Heng, SSjn  Ahmad Sofi Abdul Azit, SSjn Anis Morsidi, Sjn Mahanorfaizal Zainol, Sjn Herman Donald Majur, Sjn Mohd Nazri Mohamad Salleh, Kpl Mohamad Khairul Rizal Jaafar, Kpl Muhamad Kamarul Ariffin Abdul Rashid, Kpl Robinson Damar, LKpl Mohamad Amirul Asraf Ayob dan LKpl Mohamad Syazwan Ismail.

Dalam ucapan TPTD, beliau mahukan semua penembak-penembak TD melakukan yang terbaik semasa pertandingan nanti kerana mereka ini membawa nama negara sekaligus menaikkan imej ATM serta maruah TD dalam pertandingan yang berprestij tersebut.

 “Kita bertanding untuk menang, jadi bertanding lah dengan bersungguh-sungguh demi menjaga nama TD amnya dan ATM khasnya serta di masa yang sama persembahkan mutu disiplin yang tinggi” ujar TPTD.

Turut Hadir Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin dan pegawai kanan TD.

Gambar Oleh: PW II Mohd Shahril Mat Ali

[srizonfbalbum id=200]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online