SemasaTrup TD

Penutup Kursus PTTK Siri 1/2018 PULPAK

MELAKA: Seramai 124 penuntut berjaya menamatkan Kursus Pegawai Tidak Tauliah Kanan (Decentralised) Siri PTTK/1/2018 dan terlibat dalam majlis penutup kursus yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) pada 13 Apr 2018.

Kursus yang dilaksanakan selama lapan minggu ini dimulai dengan Perbarisan Masuk Padang diiringi pancaragam gabungan dari 21 Grup Gerak Kjas dan Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para).

Komandan PULPAK, Kolonel Adi Ridzwan Abdullah seterusnya membuat pemeriksaan barisan dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Penuntut Terbaik.

Penuntut Keseluruhan Terbaik diberikan kepada Sjn Mohammad Zaki Omar dari TMTD, Penuntut Mengajar Kawad Terbaik disandang oleh Kpl Alexander Bungkie dari PUSASDA dan Penuntut Akedemik Terbaik ialahKpl Mohamad Zamri Yuoff dari TMTD.

Dalam ucapan Komandan, beliau berharap agar semua penuntut dapat melaksanakan tugas dengan baik dan memimpin anggota bawahan dengan penuh dedikasi, jujur serta ikhlas agar generasi TD akan datang lebih berdisiplin, berpengetahuan serta mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online