PULAU PINANG: Latihan Rancangan Kontigensi (RANKON) peringkat 2 Div telah dilaksanakan ke atas semua formasi dan pasukan di bawah naungan 2 Div.
RANKON bertujuan untuk menguji formasi dan pasukan di bawah naungan mengenai prosedur dan tatacara memanggil balik anggota untuk berkumpul di pasukan masing-masing.
RANKON peringkat 2 Div ini telah dilaksanakan pada 27 Apr 18 mulai jam 1800 dan telah ditamatkan pada keesokan harinya jam 1430.
Latihan RANKON ini juga telah dapat mempertingkatkan keupayaan dan kesiagaan aset serta anggota untuk diatur gerak bagi menangani sesuatu isu.
Ternyata, latihan RANKON peringkat 2 Div ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Gambar: Kpl Md Shukor Md Soleh