2 DivSemasa

Panglima 2 Div Berbuka Puasa Bersama Trup 2 Div

PERAK: Trup 2 Div Zon Taiping telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar yang telah dilaksanakan di Kem Sangro Taiping Perak pada 28 Mei 2018.

Majlis berbuka puasa ini melibatkan pasukan seperti MK RAJD 2 Div, 72 Wksp, 72 BOD, 72 Bn KPD, 3 RAD dan 2 Komp KPTD di kawasan Zon Taiping. Seramai 200 pegawai dan anggota terlibat dalam majlis yang diatur ini dari berbuka puasa, solat fardu Maghrib, jamuan makan malam, solat Isyak dan Terawih secara berjemaah diakhiri dengan majlis moreh.

Pemerintah-pemerintah pasukan di sekitar Taiping juga turut dijemput untuk memeriahkan majlis ini.

Panglima 2 Div dalam ucapannya telah memberi pesanan kepada pegawai dan anggota tentang keselamatan kem perlu dipertingkatkan semasa anggota bercuti.

Di kesempatan itu juga Panglima 2 Div telah mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada warga Trup 2 Div Zon Taiping.

Gambar: Kpl Saini Sedin

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online