Semasa

PTD Beramah Mesra Dan Menyampaikan Sumbangan Aidilfitri

SABAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim telah berbesar hati untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri bersama anggota pasukan yang terlibat dalam operasi Op PASIR Pesisir Pantai Sektor Lahad Datu, Semporna dan Kudat siri 2/2018 di Markas Taktikal 24 RAMD Kem JPG Lahad Datu pada 3 Jun 2018.

Terdahulu ketibaan PTD disambut oleh Pegawai Memerintah 24 RAMD, Lt Kol Adnan Hj Hashim dan seluruh warga 24 RAMD dan 12 RAMD (Mek) di Dataran Kem JPG Lahad Datu.

PTD telah menyampaikan ucapan untuk memberi suntikan semangat kepada anggota yang sedang bertugas di musim perayaan dan seterusnya memberikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Pegawai Memerintah 24 RAMD dan anggota yang bertugas di Kem JPG Lahad Datu, PTD dan deligasi juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama anggota sebelum beredar meninggalkan majlis.

Turut hadir Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima Angkatan Tugas 450, Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat, Asisten Ketua Staf OPLAT, Mej Jen Dato’ Mohd Nazir Mami, Panglima 5 Bgd, Brig Jen Dato’ Pahlawan Hj Mohd Anuar Rijaludin, Panglima 13 Bgd ESSCOM, Brig Jen Hamdan Ismail, Kol Op Markas Medan Timur Tentera Darat, Kol Rizuan Abu Bakar dan Sarjan Mejar Rejimen Tentera Darat, PW1 Hayazi Abdul Aziz.

Gambar: Pbt Zharif Haikal Halmi

Artikel Berkaitan

Back to top button