KUALA LUMPUR: Satu sesi perjumpaan bersama Pegawai Memerintah 1 Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) dan warga 1 RRD telah diadakan di Dewan Makan Pasukan pada 8 Jun 2018.
Dalam ucapan Pegawai Memerintah 1 RRD, beliau menyampaikan pesanan mengenai kesedaran terhadap kempen keselamatan jalan raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Beliau turut mengingatkan warga 1 RRD supaya mengekalkan tahap disiplin dan imej yang tinggi pada sebilang masa.
Pada masa sama warga 1 RRD turut terlibat dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan oleh MK 4 Div.
Pada masa sama pasukan juga turut melaksanakan pemeriksaan kenderaan, pemeriksaan cukai jalan dan lesen memandu serta turut mengadakan kaunter pembayaran zakat di padang kawad pasukan.
Gambar: Kpl Mohd Raduan Mohd Yassin