Semasa

PMB TD Beraya Bersama Anggota Di kawasan Operasi

KEDAH: Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anggota di kawasan operasi pada 15 Jun 2018.

Ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Memerintah 4 Rejimen Sempadan, Lt Kol Mior Rasidi Mohamad Idris serta anggota yang bertugas di kawasan ops.

Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Aidilfitri serta Khutbah Hari Raya yang disampaikan oleh Mej Ustaz Ahmad Nasri Ahmad.

PMB TD juga menyampaikan sumbangan beg raya kepada anggota yang bertugas di hari raya.

Turut hadir Panglima 6 Bgd, Brig Jen Abdul Aziz Hj Ismail dan Panglima 30 Bgd Brig Jen Hashim Aman Shah.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online